Saturday, 25 June 2011 - Agra
Hari yg dinanti2 telah tiba. Sepanjang trip ini, tempat inilah yg aku sgt2 dan paling teruja nak pergi. Tour guide suruh kami semua berkumpul jam 6 pagi. 6 pagi tu dah gerak tau. Fuhhhhhh mencabar ke tak setelah seharian duduk dalam bas, and the next morning jam 6 dah kena cargas. Mula2 ingat tak nak mandi. Keh3. Bajet 6 pagi waktu india sama mcm 6 pagi wktu Mesia la konon. Tapi, tak bley tahan ok. Lagi2 kan sekarang ni tengah summer. Pukul 5 pagi aku dah bgn dan mandi.
Dan tepat jam 6 pagi, bas pun bergerak membawa kami menuju ke TAJ MAHAL.
Berjalan melepasi pintu tu, adalah dalam 500 meters ke hadapan, baru jumpa another gate. Tempat check tix. Nak masuk Taj Mahal ni, banyakkkkk sgt restriction. Hanya boleh bawa masuk kamera dan hp saje. Tak boleh bw charger, earphone, webcame (hnya dibenarkan smpai certain area saje), air, makanan. Selain itu ada body scan dan hand carry scan lagi. Da macam airport pulak.
 |
2nd gate: West Gate
Kat pintu ni la tix checkpoint dan body scan dan hand carry scan juge. |
Setelah melepasi 2nd gate, nampaklah pemandangan mcm gambar kat bawah ni. Kiri kanan ni belum bangunan Taj Mahal lagi ok. Cehhh macam org tak tau kan. Hehe~ Kalau tak silap ni muzium.
 |
| dah lepas check tiket |
Dari kejauhan dah boleh nampak the grand entrance to the Taj Mahal. Ni gambar kat bawah ni la grand entrance dia. Tak sabar2 nak masuk! Kat atas sekali tu nampak tak ada kubah2 kecil yg duduk berderet2? Jumlah keseluruhan ada 22 yg melambangkan jumlah tahun yg diambil untuk siapkan Taj Mahal ni. Ni i quoted from the tour guide, ok.
 |
| Taj Mahal grand entrance |
Dan akhirnya aku tiba betul2 depan grand entrance tu tadi.
 |
| nak masuk dah ni. lalalalala~ |
Grand entrance ni.. gate dia bukanlah sekeping je mcm tu. Tapi dia mcm sebuah bangunan juge. So, gmbar kat bawah aku snap semasa berada dalam grand entrance tu td. Kami dinasihatkan supaya berjalan dengan perlahan dan tgk ke arah Taj Mahal dimana nnt bila smpai satu point kita akan nmpak Taj Mahal tu mcm diframe oleh kubag grand entrance tu. paham tak? Aku pun pening ape yg aku type ni. hehe.
 |
| dalam grand entrance |
And the moment i step out from the grand entrance, my eyes catch this adorable panorama. The Taj Mahal. Dan aku tak jemu2 nak snap photo Taj Mahal dari pelbagai sudut.
 |
| Taj Mahal |
 |
| mcm nak pergi lagi.. lagi.. lagi! |
 |
| the grand entrance from inside the Taj Mahal |
Dan di sebelah kiri Taj Mahal ada masjid. Manakala di sebelah kanan pula kalau tak silap adalah replikanya.
 |
| masjid |
 |
| replika, kot. |
i was now a bit closer to the taj mahal. berenti jap and snap photo.
Yes, itu adalah penting.
oh ye, since taj mahal ni terletak atas so-called platform,
ni gmbar ni aku dah naik platform yg pertama.
 |
dan akhirnya aku tiba di depan pintu masuk untuk
ke makam mumtaz dan shah jehan.
jap2.. da bape bnyak pintu dah aku lalu eh? |
Kat dalam bangunan taj mahal yg menempatkan makam mumtaz dan shah jehan ni, tak boleh ambil gambar. Maknanya dalam gambar kat bawah ni, from that point forward dah tak boleh ambil gmbar. But have you ever heard that, rules are meant to be broken? Hehehe.
Dan makam kedua2 nya terletak dalamkawasan berpagar seperti gambar di bawah. Keadaan di dalam sgt gelap. Padahal ade je tingkap. Mungkin tak kasi org amek gmbar la kot kan.
 |
| the world famous tomb inside the Taj Mahal |
Ok itu saje yg ada dalam Taj Mahal. Keluar je dari tempat gelap tu, dah boleh ambil gmbar secara menyeluruh.
 |
| ruangan lain dalam taj mahal |
 |
| tinggggggggggggggi sangat kan |
 |
| one of the 4 towers yg ada di Taj Mahal |
Sedikit info:
1. Taj Mahal ni dibina dia atas air.
2. Ia adalah satu binaan yg sempurna pada zaman itu. Semua bnda pun sgt simetri kecuali satu iaitu kubur shah jehan. Kerana pada mulanya hnya kubur mumtaz berada di tgh2 bilik gelap tu. dan bila shah jehan mati, dia ditempatkan disblah isterinya.
3. Mumtaz adalah kekasih pertama shah jehan tapi beliau adalah isteri keduanya. Dia terpaksa berkahwin dengan one indian lady dulu, baru boleh kawin dgn chenta hatinya kerana mumtaz adalah org pakistan.
4. setiap hari jumaat taj mahal akan ditutp untuk public. dan sehingga kini waris2shah jehan dan mumtaz masih lagi datang ke taj mahal untuk membersihkannya. kire mcm adat je la. Takdelah diorg yg duk sapu bersiih tempat tu.
5. tempoh masa yg diambil untuk menyiapkan taj mahal adalah 22 tahun.
6. zaman dulu takde kren nak angkut blok mable yg berat2 itu. maka cara yg digunakan dulu adalah setelah menyiapkan bbrapa kaki tinggi, mereka akan cover dengan pasir. dan hanya golekkan marble tu diatas pasir untuk smbung bina bbrpa kaki lagi. Dan akhirnya seluruh taj mahal dilitupi pasir.
7. masa yg diambil untuk buang pasir yg melitupi taj mahal dan membersihkannya adalah selama 6 bulan.
*banyak lagi yg tour guide tu ckp. tapi tak ingat da. kalau ingat esok luse aku hapdet la.
Lain2 info tntang Taj Mahal boleh lah search sendri. Sbb aku pun tak sempat nak ingat semua yg tour guide tu ckp. Nak record pun tak sempat sbb terlalu asyik menikmati pemandangan.
Comments
Post a Comment