Tohoku Trip: Hotels

Assalamulaikum..

Hari ni hari Sabtu.. Akhirnya aku berjaya menempelkan diri aku di atas kerusi di depan meja dan di depan laptop ini. Itu pun rasa perkembangan yg menakjubkan setelah seminggu aku rasa malas nak buat apa2. Tapi aku tak pasti bila agaknya entry ini dapat di publishkan.. :p Semuanya bergantung kepada kadar kerajinan tuan tanah ini. Report yg 10 muka surat pun aku blum rajin nak buat, ini kan pulak blog picisan sendiri.

Hari Isnin baru ni aku pergi study trip to Tohoku area.. ke tempat2 yg cedera parah akibat tsunami. Cedera parah katanya. Hhehe.. Sedih tgk.. Tapi aku mmg takde hati nak cerita tntg perkara2 sedih.. hanya cerita yg best2 aje la.. seperti kebestaan (ayat apekah ini??) duduk di hotel berlainan setiap malam. Kesedihan tu, aku simpan aje dalam hati. Or maybe in future boleh la kot cerita sikit2. Ceyhh macam apa sgt je pun kan. Padahal melawat kawasan je pun. Eh tapi it was a valueable moment for me. Even not for others.

5 days 4 nights.. 4 hotel berbeza kami duduk.. di Sendai, Minami-Sanriku, Kamaishi dan Jodogahama.

First night duduk di Library Hotel di Sendai City. Setiap hotel yg aku stay ni kira tmpat untuk tdur di waktu malam aje la. Di siang hari mmg 100% berada di site.

The Library Hotel. Sendai

Hotel ni kecil aje biliknya.. Kecil daripada bilik kat TBIC. Bilik air pun comel. But very nice place dan lokasinya pun mmg best. Dekat dengan segala bagai kemudahan.. shopping complex, kedai makan, stations, wifi yg super laju di lobby. So malam tu, dinner we went out makan subway perisa ebi and olive oil. Lazat sbb dapat makan makanan selain daripada usual food served in TBIC. Aku mmg dah bosan sgt dengan makanan di TBIC. Tapi apakan daya. Sigh~

Di Malaysia selalunya hotel bg sabun, shampoo, conditioner botol tinggi jari telunjuk aje. Tapi di sini, botolnya adalah sebesar2 alam.. Mcm beli shower foam di kedai. Eh betul aku mmg mode adalah jakun sangatttt masa tu. Lagaknya macam org tak pernah masuk hotel kan. :) Wangi sangat. Rasa nak rembat aje.. Tapi tak smpai hati. Tapi.. tapi.. Heeeeeeeeeeeeeeee.. :) Masih tak smpai hati di malam pertama.

Malam kedua, aku stay di Hotel Kanyo yg terletak di Minami-Sanriku. Traditional Japanese room style. Menghadap laut. Masa nak check-in hotel receptionist tu bgtau/tanya yg ini adalah japanese room..dan adakah kami ok dgn keadaan ini. Aku sgtlah teruja melampaui batas. Terus jawap ok, takkan nak jawap tak ok pulak kan.. Kalau tak ok mana pulak aku nak tdo malam tu. Dahla nak dapatkan ke hotel ni pada mulanya agak sesat gak pakcik driver bas tu. Kesian. Sbb memandu dalam kegelapan malam yg serba hitam legam.

Kanyo Hotel

Hotel ini adalah sangat cantekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk berganda dan meghadap laut. Aku lupa nak amek gmbar di lobi. Tapi kalau ada pun, cm malas dah nak edit kasi letak sini. Kalau di Malaysia mmg dah taraf 5 - 6 bintang gitu la.

Gambar belah kiri tu view dari entrance. Belah kanan adalah hall merangkap tempat tdo aku. Tu almari tengahterbukak tu.. selonggok tilam2 dan bantal untuk 5 org. Gambar tengah kerusi meja semua la.. Tingkap tu menghadap lautan pacific yg luas terbentang. Gambar bawah sekali view dari tempat pembaringan aku.

Masuk je bilik aku cm cuaks uolls melihatkan bilik yg sebesar2 alam ini untuk aku tdo seorang diri. Aku dah la macam penakut. Bukan macam la.. tapi mmg penakut pun.

Malam tu, seperti di jangka.. aku mmg tak dapat tdur lena. Macam2 terfikir dalam kepala otak aku time tu.. Mula la terbayang ada org duduk kat kerusi tepi aku tu la.. Yela.. bilik besar kan.. Lepas tu terfikir..bukan ke hotel ni tepi laut? Tak kena tsunami ke haritu? Lepas tu terfikir.. eh kalau ada gempa kang mcm mana? Then terfikir balik, gempa sebesar itu takkan terjadi semula di tempat yg sama dalam masa terdekat. Ok lega skit. Sikit je la kan.. Sbb the whole night tak terasa pun macam aku tdo dalam erti kata yg sebenar. Rasa mcm aku pejam je mata, bukak2 eh dah pagi?? Huhu..

View dari bilik hotel mmg sgt menari tertarik.. sgt2.. Terasa sgt mendamaikan.. Sgt cantik.. Berapa kali ulang dah?? Huhu.. Tapi mmg sangat cantik la. Tak dapat nak di jelaskan dengan kata2 mahupun gambar. Lagi pulak dgn kamera aku yg aku dah tak nak kawan sgt tu kan. Tapi oklah daripada tak dapat nak merakamkan detik2 terindah ni kan. Dan pagi tu aku breakfast di tepi tingkap di temani bbrpa ekor burung smbil merenung jauh ke lautan pacific itu. The ocean is so blue.. I like blue. Biru itu mendamaikan bukan? Bukan blue film eh.

from my room 

Malam ketiga, aku bermalam di Kamaishi. Stay di Kamaishi Bay City Hotel. Dari pengamatan aku, hampir separuh dari bandar di musnah. Itu pengamatan aku la. Dari segi fakta, tadi aku carik2 dalam notebook tak jmpa pulak. Hahaha.. Matikla aku nak buat report esok nnt. :p

Sampai di Kamaishi dah malam. Tambah dengan seilap jalan lagi. Phewwwwwww. Dah sampai Kamaishi tu gelap gelita seisi alam, dengan damaged building all around. Dalam hati aku berkata2 tempat ini adalah menyeramkan. Serious ok. Takkan tibe2 ada 1 bangunan je yg sempurna, sedangkan bngunan keliling semua dah hancur. Ajaib sungguh. Bila rasa mcm dah was2 gitu, pakcik driver bas patah balik and took another route. Dan smpai depan hotel. Trusun je bas, terus rasa...tak bestnya hotel ni. Ceyhhh mengada kan. Org dah tanggungn pun bayk bunyik lagi aku ni kan. Hotel ni mcm kat shoplot, bawah ada Lawson. Eh aku lagi suka Lawson dari Mini Stop dan 7E la. :)

Depan hotel ni bngunann yg rosak sedang reconstruct. Kanan onwards much better dari left side. Pasrah aje..dan naik ke hotel. Check in apa semua terus masuk bilik. Alhamdulillah, biliknya masih waras. Selesa sama macam hotel di Sendai. Takdelah rasa mcm duduk di hotel ah long kat KL ke. Masih selamat. Takde cacat cela dari segii vandalisme la walaupun kedudukan hotelnya sedemikian rupa.

Kamaishi Bay City Hotel

pndangan dari bilik aku. cantik tapi banyak bangunan yg musnah

Malam yg last terakhir, aku berada di Jodogahama. So aku pun stay di Jodogahama Park Hotel. Again, aku stay di so-called luxury hotel during this trip. Sukeeeeeeeeenya! Hotel ni terletak di atas bukit, menghadap laut yg subhanallah cantik dan luas terbentang.

Jodogahama Park Hotel

Malam tu jugak aku mmg suspect aku takkan dapat tdo lena walaupun berada dlm bilik secantik ini. Besar sngtt kot bilik ni. Dan seperti yg ku jangka, mmg tak dpat tdo. Hmm..:(


Apa pun, aku mmg suka duk hotel. Kih3. Mengantuk sgt2 dah ni. Oyasuminasai.

Comments

Popular Posts