Golden Week saya adalah ohsem! ..4

Konnichiwa !

Sebenar malas dan bosan nak hapdet ape semua. Tapi memikirkan aku yg selalu hilang ingatan, dan memori yg sgt best dan indah.. aku gigih nak letak remarks kat sini. Nak tulis dalam diary adalah pemalas dah bertahun2. Zaman dah berlalu.

Sambung kejadian bulan lepas.

Tarikh: May 3rd, 2012.
Lokasi: Tokyo DisneySea.
Cuaca: Hujan sepanjang hari. *sigh*

So ke DisneySea kami. Angkut nenek sekali. Yea... nenek ke DisneySea. Kelesss nenek.

Perjalanan lebih kurang 45 minit dari hotel. But maybe more sbb kami kena ikut jalan jauh sket..spesel untuk org yg berkerusi roda. I didnt mentioned before how great was the transportation facilities for disable passengers. Boleh kasi tabik spring sangat.

That day was raining, all day..dari pagi sampai lewat petang. It was a bad day for outing, tapi kalau dah beli ticket harga 6200yen 3 bulan sebelum tu takkan nak let go gitu je kan. Gigih la bergembira dalam keadaan hujan sambil pakai uniform (baju hujan) masing2.

Dari Asakusa eki, transfer 2 kali, then baru sampai Maihama eki. Kemudian kena naik disney train untuk ke disneysea. Kalau ke disneyland takpayah naik train pun takpe. Dekat je. So membazir la kalau gatal nak naik train jugak. Train adelah sgt kawaii. Ok malas letak gambar sbb malas nak cari dlm folder.

Keramaian org di DisneySea, adalah boleh tahan. Tapi tak over crowded macam kat Disneyland. Tak perlu aku nak beratur 2 jam nak naik satu rides. Mungkin sbb hujan, mungkin sbb disneysea, mungkin sbb weekdays..so org agak kurang. Tapi bila hujan berenti kejap2..baru nampak org ramai sket. Dah petang tu hujan berenti lama sket.. lagiiii ramai org. Tapi masih boleh di terima akal la.


masing2 dengan uniform pelbagai warna

Tower of terror ni first ride yg kami naik. Excited nak naik sbb dari bawah dah boleh dgr org terjerit2 dari dalm bangunan tu. So diorg saspek ni mesti ala2 adventure punye rides. Aku pasrah. Nenek kami parking dekat exit door. Pitams kalau nnk pun naik rides ni. :p Mule aku mmg takut nak naik benda ni. Tapi sbb dah TERberatur lalu pasrah dgn ketakutan dlm diri. Mmg best, kecut perut weyh.. Tgk je muke2 sorg2 dalam capture gambar bawah tu. Buroks!

Tower of terror


Kat mana2 dlam disneysea dan disneyland ade jual popcorn. Standard la kan. Kat genting pun ade.,kan? Ke khayalan aku je ntah. So aku beli ni... sbb bekas dia adelah kawaii. Hrge 500yen..kot?? Hilang ingatan lagi. Popcorn ni ade pelbagai perisa. Pelik2 je perisa dia..yg biasa2 pun ade. Perisa soy sauce puna de. Perisa kari, black pepper pun ade. Apekah rasa? Peliks tul aku. So kalau dah habis makan popcorn ni, boleh refill saje..dgn harga 200yen...eh kalau tak silap la.

Bekas pop corn yg somel somel somel. Kawaii desu ne.

Malas dah nak type. T__T

sugoi!!!





Dan bila dah pergi kedua2 DisneySea dan DisneyLand, aku berpendapat yang DisneySea adalah lagi best.. lagi adventure.. lagi seswai untuk org dewasa.. Kalau disneyland lebih seswai untuk budaks dan akachan. Rides yg mencabar kat Disneyland adalah sgt tak mencabar. So dont expect too much kalau visit Disneyland. Untuk ambil gambar sana sini gediks2 feeling honeymoon mungkin sesuai la kat Disneyland. Tapi haritu pergi Disneyland pun macam tak menghayati sepenuhnya. So nanti mungkin kena pergi lagi, tapi mungkin lokasi kat Los Angeles ke, Hong Kong ke ...ehh? Lalallala~


インタン

Comments

Popular Posts