#5: Ahad terakhir di Nihon.

AsSalam.

Anggap je la aku up entry ni semalam, iaitu Ahad 9 september 2012.

Hari ni, ahad. Ahad terakhir aku di sini. Ok ini adalah serius sedih. Sedih sangat nak tinggalkan semua di sini. Tapi dalam hati kadang2 rasa gembira sebab nak balik jumpa family semua. Perasaan mmg sangat bercampur baur antara sedih dan gembira. T_T. Tidur malam pun rasa tak lena. Rasa macam tak nak tidur, sbb rasa nanti masa berlalu dengan cepat. Tiba2 je dah pagi.

Berat sangat rasa hati ni nak balik. Tapi realitinya tempat aku memang bukan di sini. Kehidupan dan realiti sedang menanti di sana. Setahun ni rasa macam mimpi. Mimpi yang sangat panjang. Indah. Namun dalam mimpi indah ada mimpi buruk lagi. Sungguh! Aku tak mahu bangun dari mimpi ini.
Tiba masanya aku harus bangun dari mimpi ini. Dan bila tiba waktunya aku harap takkan hilang episod2 mimpi ini. T_T.

So, kembali ke tajuk asal.

Pagi tu, aku, azam, hyda dan afifah pergi makan udon. Mungkin ini kali terakhir makan udon di sini. Nak balik ni, lagi bertambah busy. Nak online lama2 pun tak sempat. Masa terluang yg ada, aku lebih suka menghayati persekitaran yang bakal aku tinggalkan dan pasti aku rindukan. Ada org tak faham situasi mcm ni. Mungkin sebab aku ni over sensitif ke apa, pandang pokok maple pun nak emosi. Dah emosi macam ni, aku lebih selesa duduk hibernasi sorang2. Nak bercakap pun malas.

On the way ke Yamada tu, panas terik memang takde toleransi langsung. Tapi semua gigih demi semangkuk udon. Dan juga misi memperkenalkan udon kepada Afifah. Punya excited sampai tertinggal en bos livia. Padahal Azam pernah mention kat beliau pasal planning ni. Semua pun lupa. Tengah makan baru teringatkan beliau. Hiks!

Sepanjang perjalanan ke yamada, pemandangan adalah padi tengah masak kuning. Siap ada mesin menuai padi sedang menuai padi. Ye! Kami sangat jakun. Kami tu memanglah aku dan hyda je. Azam dan Afifah memang gelaks sakan la korang kan. Tapi Fifah juge jakun duk amek gambar mesin yg cumels itu.

Tapi level jakun aku mungkin tinggi sket dari Hyda. Siap la aku nak petik pokok padi tu nak pegang. :) Ini serius aku turun sebelah kaki dan tangan je la petik pokok padi tu.

Nahh.. Hasilnya..




Ok sebenar ni entry apa? *rolling eyes*
Balik dari makan udon, tidur.
Bangun tdo, makan lagi. Sampai malam. Tdo lagi.

Petang tu, kami ada party hari raya dan bbq kat tbic ni. Tetibe cam malas nak cerita. Pendekkan cerita, bbq dgn tsukuban. Tsukuban ni perkumpulan anak2 malaysia di tsukuba. Akhirnya, sebelum pulang dapat makan makanan malaysia. Tapi perut aku dah setahun manja sket ni. Pedas sket mula nak sakit perut bagai. Lagi pulak dah lama tak makan bercampur2, jadi perut macam terkejut.





Hari tu juga, akhirnya sempat jugak aku dan dia masak takoyaki. Menggunakan takoyaki maker beliau. Aku sebenar dah memang takde hati nak masak memasak by this time. Tapi demi seorang kawan, ku turutkan jua. *rolling eyes* Padahal boleh juga aku makan. Hehe.

Dan sebenarnya hanya beliau je yang masak takoyaki yu. Aku sekadar mandur yang memantau perkembangan anak murid sedang memasak. Walaupun masak laju2, tambah dengan first time masak takoyaki ni.. The taste was oishi desu yo! Yelah sebab guna tepung instant takoyaki tu kan. :)

Ok dah tu je suasana Ahad terakhir di Nihon. Sobs!

- Posted using BlogPress from my iPad
Location:Tsukuba

Comments

  1. Aaahh.. yupp baru2 ni masa makan udon dgn fifah, dia ada cite yg korang tertinggal beliau kat tbic. *tutup mata sambil geleng2*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Kelakar sgt. Gelak je beliau tu. sweet. Eh? Lain. Bye.

      Delete
    2. eh?? hehe. sweet like candy. sugar crushhhhhhhhhh. kbai

      Delete

Post a Comment

Popular Posts