Assalam.

Aku bosan datang kerja. Kadang2. Tapi kebiasaanya memang selalu sangat rasa bosan datang kerja. hoii rasa yg sangat tak menyihatkan, right? Apa sebab pun, aku masih keliru. Tapi aku syak beberapa perkara yang buat aku rasa bosan berkerja.

Persekitaran. Orang2. Namun aku rasa persekitaran tidak bersalah. Org2 yg menyebabkan persekitaran jadi tak best.

Aku kalau datang ofis tapi taktau nak buat apa atau takde buat apa2, adelah bosan. Heran aku mcamna org2 yg saban waktu dtg opis hnya goyang kaki. Memangla ada kala kalau penyakit M aku dtg menyerang, aku pun pura2 bizi. Ye, aku mengaku tu. Tapi bila insofff kejap, terus buat kerja secara islam. Maksud aku takde la aku dtg keja selama 5 tahun hanya goyang kaki. Hoi gaji buta sgt tu. Pastu mula la pikir berkatnya gaji yg dapat tu. Terus kerja balik kul 8. *ok ni tipu. Sbb aku mmg punctual bab dtg dan balik keje. Kih3. 5 min lambat adelah rugi. Lempang sekali bagiiiiiiiiiiii. :)

Dan motif datang kerja walau malas? Demi mencari sesuap nasik. Kih3. Duduk rumah lagi best. Eh best ke? Boleh tak cita2 nak jadi suri rimah tangga berjaya? Kih3. Ada degree banyak2, simpan dalam folder je. gantung gamba convo byk2 dalam frame buat mcm gallery kat rumah. :p Lepas tu tunjuk pada anak2. Kita ni, wlaupun dudk terperuk di rumah, akal perlu bijak.

Eh tapi! Jgn rasa suri rumahtangga tak perlu berilmu pengetahuan. Nak didik anak2 pun perlu pengetahuan, skill tah apa lagi. Kalau setakat nak bela anak, mmg takde hal punya. Setakat bg cekik makan minum, kasi tdo, main.. dah. In the end anak jadi serupa setan. Bila anak dah jadi setan/kurang ajar/kurang asam sila lah menyalahkan diri sendiri lantaran tidak pandai mendidik anak2. Maknanya selama ni membela setan? Eh! Kasar sangat ni. Maaf.

Tapi aku pernah baca satu artikel ni kata, antara ciri2 org yg didampingi jin/makhluk halus/setan etc.. adelah malas bekerja. Jap, ade jin ke dgn aku ni? *musykil. Makan budak!

Kesimpulan, kerja je la demi mencari rezeki. Halal dan berkat tu yang penting. Dapat anugerah tiap tahun hasil kerja goyang kaki, sendiri fikir la.

Eh jap, bukan ke aku menaip ni time opis hour? Kih3. Sambil2 je. Asal kje siap. Eh bole cmni?

Kbai. Today is Jumaat!

Time habis menaip: 12:09 pm


This is only my opinion. And dont take my opinions into account. If anybody feels uneasy about it, ermm.. Forget it and live your life. This is only my two cents.
インタン

Comments

Post a Comment

Popular Posts